Rahsia Hasilkan RM50 Sehari D UNiversiti



Negara malaysia ialah negara yang cuacanya panas. Jadi pasti rakyatnya mahukan sesuatu yang sejuk untuk menyejukkan tekak yang kehausan seperti aiskrim, minuman sejuk, dadih dan sebagainya. Sekarang  saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana mahu menghasilkan duit dengan DADIH.

HARGA JUALAN
·        RM1

BAHAN-BAHAN

  • Serbuk dadih                  = Rm 4.50
  • Susu pekat                      = Rm 2.40
  • Bekas dadih (100  )        = Rm 11.90
  • Sudu (100)                       =  Rm 1.50
  • Ais                                     = Rm 1.30
  • Kotak polisterine            = Rm 10.90
Untuk menghasilkan 25 bekas dadih anda perlukan:

  • 1 paket serbuk dadih
  • 1 tin susu pekat
  • 25 bekas dadih
  • 25 sudu
  • 1 paket ais


CARA-CARA
1.   Panaskan 3 liter air sehingga mendidih
2.  Selepas mendidih masukkan susu ke dalam air dan tutup api
3.  Kemudian masukkan 1 paket serbuk dadih
4.   Apabila siap masukkan dadih ke dalam bekas
5. Akhir sekali letak semua dadih yang dah siap ke dalam kotak polisterine dan masukkan ais ke dalamnya
6.  Siap sedia untuk dijual. Letakkan di laluan asrama anda

PERINGATAN
-Pastikan paling kurang 1 jam sekali anda pergi kutip duit bagi mengelakkan sebarang kehilangan wang.

KEUNTUNGAN

Satu paket dadih boleh buat dalam 25 bekas. Jadi anggaran keuntungan untuk satu paket dadih ialah RM10. Kalau satu hari dapat jual 5 paket dadih dah dapat RM50 utk satu hari..fuhh.bnyk tu. Satu bulan 30hari x RM50 = RM1500. ^^ ni adalah drp pengalaman saya sendiri.

ps: like page ini untuk dapatkan tips pemasaran dan idea buat duit di universiti
LUBUK DUIT D UNIVERSITI
p/s/s: harga bahan boleh berubah mengikut harga pasaran