Negara malaysia ialah negara yang
cuacanya panas. Jadi pasti rakyatnya mahukan sesuatu yang sejuk untuk menyejukkan
tekak yang kehausan seperti aiskrim, minuman sejuk, dadih dan sebagainya. Sekarang
saya ingin berkongsi dengan anda
bagaimana mahu menghasilkan duit dengan DADIH.
HARGA JUALAN
·
RM1
BAHAN-BAHAN
- Serbuk dadih = Rm 4.50
- Susu pekat = Rm 2.40
- Bekas dadih (100 ) = Rm 11.90
- Sudu (100) = Rm 1.50
- Ais = Rm 1.30
- Kotak polisterine = Rm 10.90
Untuk menghasilkan 25 bekas dadih anda
perlukan:
- 1 paket serbuk dadih
- 1 tin susu pekat
- 25 bekas dadih
- 25 sudu
- 1 paket ais
CARA-CARA
1. Panaskan
3 liter air sehingga mendidih
2. Selepas
mendidih masukkan susu ke dalam air dan tutup api
3. Kemudian
masukkan 1 paket serbuk dadih
4. Apabila
siap masukkan dadih ke dalam bekas
5. Akhir
sekali letak semua dadih yang dah siap ke dalam kotak polisterine dan masukkan
ais ke dalamnya
6. Siap
sedia untuk dijual. Letakkan di laluan asrama anda
PERINGATAN
-Pastikan paling kurang 1 jam sekali anda pergi kutip duit bagi mengelakkan sebarang kehilangan wang.
-Pastikan paling kurang 1 jam sekali anda pergi kutip duit bagi mengelakkan sebarang kehilangan wang.
KEUNTUNGAN
Satu
paket dadih boleh buat dalam 25 bekas. Jadi anggaran keuntungan untuk satu
paket dadih ialah RM10. Kalau satu hari dapat jual 5 paket dadih dah dapat RM50
utk satu hari..fuhh.bnyk tu. Satu bulan 30hari x RM50 = RM1500. ^^ ni adalah
drp pengalaman saya sendiri.
ps: like page ini untuk dapatkan tips pemasaran dan idea buat duit di universiti
LUBUK DUIT D UNIVERSITI
p/s/s: harga bahan boleh berubah mengikut harga pasaran
